Khamis, 25 Mac 2010

MASALAH SAMPAH

Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, masalah berkenaan masih tidak dapat diselesaikan, kerana syarikat terbabit yang sepatutnya mengambil alih tugas daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), terpaksa menangguhkan kerja mereka sejak 1 Sept lalu.
"Ini berikutan dari permintaan dari Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mahu menyemak semula terma-terma berkaitan nasib pekerja MBAS selepas penswastaan kerja-kerja mengangkut sampah.
"Sekarang lori-lori mereka sudah sampai, masalah ini kena selesai betul-betul supaya tidak jadi masalah berlarutan dan kita harap ia selesai pada November ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon, di sini.
Ustaz Azizan memberi respon terhadap laporan media yang mendakwa bandar raya Alor Setar semakin kotor kerana terdapat banyak longgokan sampah yang tidak diangkut sehingga menyebabkan bau busuk. Menurutnya lagi, masalah berkenaan bukanlah perkara baru dan bukanlah salah kerajaan negeri.
"Dari segi pentadbiran, kita tak boleh buat apa-apa keran ini adalah permintaan dari Ceupacs sendiri. Kita menyedari tentang ketidakselesaan rakyat. Saya berasa dukacita dan memohon maaf kepada orang ramai yang berasa kurang selesa,DI MANA PENTADBIRAN KEDAH...

ANWAR MELENTING LAGI.....

KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melenting apabila ditanya tentang dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tentang usaha mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Malah ketua pembangkang itu menuduh wartawan yang bertanyakan soalan tersebut telah dibayar oleh pihak tertentu.Anwar yang dikerumuni wartawan sebaik sahaja keluar dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, beliau tidak perlu menjawab soalan itu sebaliknya menegaskan dakwaan tersebut sepatutnya dijawab sendiri oleh Zulkifli."Kenapa awak nak tanya saya? Lebih baik awak tanya Zulkifli sendiri berhubung dakwaan itu, dia tidak sebut nama saya semasa membahaskan ucapannya di Parlimen semalam."Berapa banyak dakwaan dia pun saya tak tahu. Anda sebagai wartawan sepatutnya bertanya kepada Zulkifli bukan bertanya kepada saya."Pertanyaan ini tidak mematuhi etika kewartawanan. Siapa yang membayar anda untuk menanyakan soalan ini?" katanya ketika ditemui selepas sebutan kes liwatnya terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.Semalam, Zulkifli semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat membuat pendedahan yang beliau pernah diberi tawaran supaya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya.Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.Sementara itu, pada Rabu minggu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) juga menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Anwar berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat pada 16 September 2008

Selasa, 26 Januari 2010

SALAM SATU MALAYSIA

KEPADA SEMUA MAHASISWA DAN SISWI......marilah kita mengeluarkan pendapat yang bernas untuk membangunkan perpaduan kita dalam MALAYSIA ini.......kita sebagai pewaris... jangan sesekali gementar untuk membangun.......

Sabtu, 14 November 2009

DAH TERJAGA

Salam satu Malaysia...........sekarang ni aku tengok jentera BN semakin kuat...mungkin ini ada hikmah di sebalik kekalahan besar yang dulu............semangat macam ni la yang pengundi muda nak tengok......jadikan rakyat yang dahulu baru la fikir yang lain....aku sebagai pengundi muda akan sentiasa memberi sokongan dan kepada kawan-kawan yang seperjuangan dengan aku.... sebab aku nampak jalan bila Dato'Najib pegang..........SATU MALAYSIA slogan yang sangat cantik dan mempunyai satu pemikirian yang jauh kedepan untuk membangun negara...... dulu kita penah senang untuk seketika, tapi bila kita di jajah oleh bendera BULAN yang berteraskan islam tapi.....islam nya tidak kemana pun............kita orang KEDAH dah tak mau semua tu... kami nak kan PERUBAHAN...........
BN MENANG KEDAH SENANG
BANGUN MELAYU
SEKARANG KEDAH SEJAHTERA
AKAN
DATANG BN MENANG KEDAH SENANG

UMNO TAK KETAQ PUN........

UMNO tidak gentar dengan usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memburuk-buruk peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa terbuka dengan kritikan, namun biarlah ia membina dan bertanggungjawab.
“UMNO tidak gentar dengan ancaman itu dan belum mengetahui bentuk serangan yang akan dilakukan ke atas Perdana Menteri, namun kita bersedia untuk membalas balik sekiranya memerlukan.
“Namun, jika serangan ke atas Perdana Menteri hanya merupakan satu fitnah dan berbentuk peribadi, ini menunjukkan pembangkang di negara ini masih lagi tidak matang,” katanya mengulas usaha Anwar untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penyerahan gelanggang serba guna di kawasan Parlimen Pontian di Kampung Jawa, di sini semalam.
Empat gelanggang yang diserahkan iaitu di Kampung Permatang Sepam, Pekan Benut, Pekan Kampung Jawa dan Bandar Pontian berharga RM150,000 setiap sebuah.
Ahmad berkata, tindakan pem bangkang yang memburuk-burukkan imej Perdana Menteri di luar negara juga disifatkan sebagai tidak bermoral dan hanya merugikan rakyat di negara ini.
“Bagi Anwar, Datuk Seri Najib merupakan halangan besar untuk beliau menjadi Perdana Menteri. Lantas dia berusaha sedaya untuk menjatuhkannya melalui serangan peribadi,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pembangkang tidak sewajarnya melemparkan tuduhan atau kritikan tanpa mempunyai fakta yang kukuh.
“Sebagai pembangkang di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (DUN), mereka seharusnya menyampaikan harapan dan kehendak pengundi yang telah memilih mereka.
“Namun keadaan seperti itu tidak berlaku kerana mereka hanya pandai mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan tanpa mengakui kejayaan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN,” katanya sambil meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang menguasai beberapa negeri seperti di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan contoh yang baik.
"BN MENANG KEDAH SENANG"

Khamis, 12 November 2009

KENAPA BUAT MACAM NI?

saya sebagai pengundi muda amat hairan dan kesal..... kenapa pemimpin yang bergelar diri mereka sebagai pemimpin yang berlandaskan agama boleh mengeluarkan fatwa tentang JATUH NYA TALAK seandai nya isteri mengikut parti lain akan jatuh talak nya......saya rasa amat pelik dan hairan sebab benda yang macam ni pun leh buat main2 ja....mcm hidup ni dah tak dak pegangan jaaaa......kemana haluan kita sekiranya kita memilih pemimpin yang macam ni? hidup yang hanya untuk diri sendiri ja.....selalu nya pemimpin yang bijak akan memikirkan kesejahteraan rakyat dan hala tuju negara untuk meningkatkan taraf hidup rakyat..... apa lagi yang harus kita lakukan......

"BN MENANG KEDAH SENANG"